Friday, 22 March 2013

Mengenang peristiwa 3 / 3 / 1924

" Tidak boleh tidak, kita perlu mula dari bawah . Kita perlu bina peribadi. " Begitulah kesimpulan yang telah disimpulkan oleh seorang tokoh di saat timbulnya sebuah perselisihan. Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca di serata dunia. Bagi yang masih tidak mengerti lagi akan peristiwa yang cukup mendalam ini, izinkan diri ini yang hina untuk berbicara. Peristiwa yang bertapak pada tarikh ini ialah peristiwa kejatuhan Khilafah Uthmaniah yang mana kata-kata seorang tokoh diawal nukilan ana diatas menjadi kesimpulan keatas seluruh permintaan dan pertanyaan yang telah diajukan kepadanya untuk menetapkan semula kerajaan yang baru. Situasi dan bi'ah Islamiah yang teruk dan jahil ketika itu telah menetapkan perancangan Allah ini sebagai pengajaran dan ujian keatas ummat Islam. Apa yang ana ingin sampaikan pada kali ini  
ialah apa sebenarnya peranan dan langkah kita bagi membina semula Khilafah ini. Kata-kata Moche Dayen(jeneral Israel) iaitu kelemahan ummat Islam kini ialah salah satunya tidak mengkaji sejarah. Mengikut pemikiran ana, ummat Islam kini menetapkan sesuatu perkara tanpa merujuk mana-mana pihak terutamanya para Qudama' terdahulu. Kesimpulan mudah yang ingin ditekankan disini ialah, bagi membina pemikiran dan peribadi yang matang dalam medan da'wah ini bagi memulihkan semula sistem Khilafah ialah kaji dan faham sejarah atau lebih dikenali sebagai mendalami Fiqh Sirah. Apa itu Fiqh Sirah? Kebiasaan kita hanya mempelajari sirah sahaja, tetapi dalam Fiqh Sirah, kita memahami apa sebab peristiwa tersebut, apa sebab Nabi menetapkan keputusan bagi sesuatu perkara tersebut. Kita boleh menerapkan pemikiran tersebut dalam diri kita bagi diaplikasikan di zaman moden ini. Sejarah moden juga tidak boleh dilepaskan juga tetapi perlu ditekankan lebih pada sirah    Nabi S.A.W. Dr. Mahathir juga pernah mengatakan bahawa "Mereka yang tidak mengkaji sejarah pasti akan mengulanginya semula". Tetapi dengan memahami sejarah juga tidak cukup, kita juga perlu menTarbiyyah diri kita kemudian pada kelompok individu dan masyarakat. I.allah Khilafah Islamiah pasti akan bangkit semula dengan pemikiran yang mantap dan peribadi yang hebat. Ayuh Kearah Ustaziatul Alam!!      I.allah sampai di sini sahaja hasil nukilan ana yang tidak seberapa ini. Wabillahi taufiq wal hidayah, Assalamualaikum w.b.t.