Friday, 5 July 2013

Semanis Ferrero Romadhan


Semanis Ferrero Romadhan..

Assalamualaikum W.B.T.

  Pasti ada di kalangan antum semua pernah merasai Chocolate Ferrero Rocher dan setiap gigitan pasti dapat dirasai kemanisan dan kelembutannya… Oh, indah sungguh kemanisannya…. Saat gigitan pertama ditelan melalui kerongkong, kemanisannya terngiang-ngiang menari di fikiran.  Kelazatannya yang dipenuhi dengan susu segar dan cokolat koko dari ladang terbaik, biji hazelnutnya yang rangup. Oh, indah sungguh kemanisannya. Mungkin ada sesetengah orang merasakan bahawa cokolat ini adalah yang terbaik sekali di dunia ataupun cokolat ini adalah cokolat  yang paling manis dan sedap dalam hidup dia… Begitulah fitrah manusia yang Allah telah tetapkan, cintakan akan kemanisan dan kelazatan makanan.

 Tetapi, apa pula kaitannya dengan risalah yang di tulis ini??? Segala persoalan akan terjawab… SEKARANG!!! Ok, sedar tak sedar kita dah nak menghadapi Ramadhan dah. Bulan yang penuh keberkatan. Tapi apa pula kaitannya dengan cokolat yang telah diceritakan sebentar tadi?                                   
Ikhwah-ikhwah Hira’ sekalian, Ramadhan itu manis dan kemanisannya tidak boleh dita’rifkan
hanya dengan kata-kata. Begitu juga dengan cokolat Ferrero Rocher yang menjadi kenikmatan kita. Sekali rasa pasti nak lagi bahkan jika boleh tidak mahu berpisah dengan kenikmatannya. Ramadhan juga mempunyai pelbagai kelebihan dan                    ke sepecial annya yang membuatkan ia manis seperti Ferrero Rocher . Antaranya ialah syaitan dibelengu, pintu syurga dibuka seluas-luasnya manakala pintu neraka ditutup serapat-rapatnya, amalan fardhu dilipatgandakan sebanyak 70x , amalan sunat diberi balasan pahala seperti amalan fardhu,
 Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan!  Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!  Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)."
(Riwayat Tirmizi dan Nasa'i)                                                                
 Tetapi dalam banyak-banyak kenikmatan Ferrero Rocher terdapat juga pelbagai saranan pemakanan untuk menyedapkan lagi cokolat itu. Dalam Ramadhan ada pelbagai manfaat dan ini saranan melalui perkongsian dari dalam diri ana sendiri bagi lebih melazatkan dan memaniskan lagi Ramadhan kita, I.Allah.

1.   Rahmat

 Rahmat Allah ataupun kasih sayang Allah adalah perkara yang special dalam Ramadhan. Seperti mana kita sering dengar daripada sebuah Hadith, permulaan Ramadhan ialah rahmat, pertengahannya ialah maghfirah(keampunan), dan di akhir Ramadhan ialah pembebasan dari api neraka. Kenapa kita perlu kejar rahmat Allah kerana ianya merupakan aset utama kita untuk ke syurga. Sebuah kisah di mana suatu hari Rasulullah berkata pada sahabat-sahabatnya bahawa manusia di muka bumi ini tidak akan sesekali mampu ke syurga bahkan amalannya berpuluh tahun tetapi manusia hanya mampu ke syurga dengan amalannya berserta rahmat daripada Allah. Dan tahukah antum selain memperoleh tiket ke syurga, rahmat Allah ini juga memberikan 1001 kepuasan dalam hidup kita ini. Rahmat Allah juga sebenarnya ada 100 dan yang disalurkan pada hambanya di muka bumi ini hanya satu sahaja, selebihnya 99 ada pada Allah . Cuba bayangkan, baru satu sahaja rahmat Allah yang dicurahkan kepada kita tetapi tidak terkira nilainya bahkan tidak mampu untuk dibayar, dan cuba bayangkan lagi jika kita peroleh keseluruh rahmat Allah. Masyaallah!! Tidak boleh dibayangkan! Oleh itu, pertingkatkanlah amalan bagi meraih kenikmatan itu.

    2.   Maghfirah (Keampunan)

 Setiap manusia di atas muka bumi tidak terlepas dari melakukan dosa dan kesalahan. Bagi seorang da’ie yang berprestij pasti sentiasa sedar akan dosa-dosa dalam diri. Tetapi dalam Ramadhan lain citer pulak. Dalam pertengahan bulan Ramadhan Allah telah menyediakan kelebihan dan ruang yang sangat terbuka untuk memaafkan hambanya. Oleh sebab itulah, peluang yang telah disediakan perlu direbut. Mungkin ada yang terdetik mengatakan “ dosa aku tidak tehitung.. Pasti tidak dimaafkan ”, jangan risau wahai ikhwah, sesungguhnya Allah  tidak berapa kisah sangat terhadap dosa-dosa yang telah kita lakukan tapi Allah kisah apabila hambanya tidak memohon ampun terhadapnya. Biarpun setinggi gunung dosa, tetapi rahmat Allah itu melangit luas. Seorang hamba yang baik tidak akan putus-putus memohon ampun daripada hambanya. Terdapat juga pelbagai cara antaranya dengan solat taubat, qiam, zikir, dan macam-macam lagi. Sebuah Hadis di mana Rasulullah S.A.W. bersabda “ Barangsiapa yang melalui bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab maka akan diampunkan dosa-dosanya ”. Hadis ini juga boleh dijadikan medium untuk kita meraih keampunan di bulan Ramadhan ini. Sebuah kata-kata Ulama’ yang mengatakan
“ Barangsiapa yang tidak berubah ketika dalam bulan Ramadhan maka jangan harap unttuk dia berubah pada bulan-bulan yang lain”. Ayuh kita meraih keampunannya, usah ditunggu.

    3.   Pembebasan Dari Api Neraka

 Wahai ikhwah sekalian, neraka Allah itu panas, perit, pahit dan macam-macam lagi. Bagi seorang manusia yang normal tidak akan sekali-kali ingin ke tempat yang dasyat itu. Api di neraka itu bukannya sama seperti di dunia malah jauh lebih dasyat di mana ia 70x lebih panas daripada api dunia. Tahap seksaannya yang paling rendah pun dikira dasyat di mana otak kita menggelegak sehingga pecah! Sebuah Hadis mengatakan jika seorang hamba yang diseksa dengan api neraka diletakkan kemudiannya pada api dunia nescaya dia akan tertidur kerana ia lebih sejuk berbanding api di neraka.  Di akhir bulan Ramadhan inilah kita di beri peluang yang sangat besar iaitu pembebasan daripada api neraka. Tetapi bagaimana caranya? Kita perlualah penuhkan malam kita terutamanya pada sepuluh malam terakhir dengan amalan-amalan yang banyak serta meraih, meminta, memohon, dan mengharap kepada Allah dengan bersungguh-sungguh agar dibebaskan daripada api neraka. Pada sepuluh malam terakhir ini jugalah kita dikurniakan satu lagi kelebihan iaitu malam Lailatul Qadar yang mana lebih baik dari 1000 bulan. Hal ini bukan sahaja dapat menyokong malah dapat menguatkan lagi tuntutan kita itu. Oleh itu, sama-samalah kita merebut peluang ini untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar.

    4.   Taqwa

 Taqwa. Apa pula itu Taqwa dan apa kepentingannya? Taqwa ialah melakukan perintah Allah secara total dan meninggalkan segala larangannya. Taqwa ini juga dapat melahirkan mukmin yang professional dan berkebolehan. Hanya takut pada Allah dan beramal dengan niat yang ikhlas seiring dengan peribadi yang mantap. Taqwa ini juga sering kita kaitkan dengan puasa sebab apa? Sebab puasa yang sempurna dapat meraih ketaqwaan kepada Allah seperti yang termaktub dalam surah Al-Baqrah:183. Hal ini kerana medium-medium puasa itu amat lengkap dalam meraih ketaqwaan. Puasa boleh menjadi perisai kepada kita, puasa mengeratkan hubungan kita dengan Allah, puasa melatih kesabaran kita, dan macam-macam lagi. Dalam mengejar ketaqwaan kepada Allah, kita juga boleh meraih manfaat-manfaat yang lain seperti sihat tubuh badan, menarik minat kepada yang bukan Islam, dan macam-macam lagi. Oleh hal demikian, marilah kita meraih sifat taqwa ini kerana ia hanya mudah didapati di bulan Ramadhan. Only in Ramadhan!


 Akhir kalam, marilah sama-sama kita bersedia dengan sepenuh-penuh persediaan untuk meraih kelazatan dan kemanisan Ramadhan seperti cokolat Ferrero Rocher yang menjadi pujaan itu. Kita terapkan keinginan dan rasa keghairahan kita pada kemanisan cokolat itu dalam menghadapi Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. Kita mula dri sekarang, pasang gear, pasang niat dan hajat yng tinggi untuk bulan Ramadhan nanti. Kita juga tidak jamin samada kita dapat berjumpa dengan Ramadhan legi pada tahun hadapan atau lebih teruk lagi mungkin kita tidak sempat berjumpa dengan Ramadhan pada tahun ini. Na’uzubillahi min zalik. Moga kita tergolong dalam golongan yang sama-sama menghidupkan dan menghargai Ramadhan ini. Kemanisan dan keindahan Ramadhan tidak dapat diluahkan dengan kata-kata kerana ia sangat ni’mat. Sumpah ni’mat sungguh Ramadhan itu. Masyaallah.. Yang baik itu datang daripada Allah S.W.T. yang maha sempurna dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri penulis sendiri. Wassalamualaikum W.B.T.

Friday, 22 March 2013

Mengenang peristiwa 3 / 3 / 1924

" Tidak boleh tidak, kita perlu mula dari bawah . Kita perlu bina peribadi. " Begitulah kesimpulan yang telah disimpulkan oleh seorang tokoh di saat timbulnya sebuah perselisihan. Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca di serata dunia. Bagi yang masih tidak mengerti lagi akan peristiwa yang cukup mendalam ini, izinkan diri ini yang hina untuk berbicara. Peristiwa yang bertapak pada tarikh ini ialah peristiwa kejatuhan Khilafah Uthmaniah yang mana kata-kata seorang tokoh diawal nukilan ana diatas menjadi kesimpulan keatas seluruh permintaan dan pertanyaan yang telah diajukan kepadanya untuk menetapkan semula kerajaan yang baru. Situasi dan bi'ah Islamiah yang teruk dan jahil ketika itu telah menetapkan perancangan Allah ini sebagai pengajaran dan ujian keatas ummat Islam. Apa yang ana ingin sampaikan pada kali ini  
ialah apa sebenarnya peranan dan langkah kita bagi membina semula Khilafah ini. Kata-kata Moche Dayen(jeneral Israel) iaitu kelemahan ummat Islam kini ialah salah satunya tidak mengkaji sejarah. Mengikut pemikiran ana, ummat Islam kini menetapkan sesuatu perkara tanpa merujuk mana-mana pihak terutamanya para Qudama' terdahulu. Kesimpulan mudah yang ingin ditekankan disini ialah, bagi membina pemikiran dan peribadi yang matang dalam medan da'wah ini bagi memulihkan semula sistem Khilafah ialah kaji dan faham sejarah atau lebih dikenali sebagai mendalami Fiqh Sirah. Apa itu Fiqh Sirah? Kebiasaan kita hanya mempelajari sirah sahaja, tetapi dalam Fiqh Sirah, kita memahami apa sebab peristiwa tersebut, apa sebab Nabi menetapkan keputusan bagi sesuatu perkara tersebut. Kita boleh menerapkan pemikiran tersebut dalam diri kita bagi diaplikasikan di zaman moden ini. Sejarah moden juga tidak boleh dilepaskan juga tetapi perlu ditekankan lebih pada sirah    Nabi S.A.W. Dr. Mahathir juga pernah mengatakan bahawa "Mereka yang tidak mengkaji sejarah pasti akan mengulanginya semula". Tetapi dengan memahami sejarah juga tidak cukup, kita juga perlu menTarbiyyah diri kita kemudian pada kelompok individu dan masyarakat. I.allah Khilafah Islamiah pasti akan bangkit semula dengan pemikiran yang mantap dan peribadi yang hebat. Ayuh Kearah Ustaziatul Alam!!      I.allah sampai di sini sahaja hasil nukilan ana yang tidak seberapa ini. Wabillahi taufiq wal hidayah, Assalamualaikum w.b.t.

Friday, 21 December 2012

First Time

Untuk kali pertama ini ana akan menjelaskan serba sedikit mengenai isi yang terkandung di dalam blog rasmi ini.

Untuk setiap artikel yang dihantar ana ialah berbentuk tazkirah, kisah-kisah, pengalaman, kenangan dan lain-lain.

Sesetengah masa ana mungkin akan hantar artikel dalam berbentuk bahasa Melayu, عرب, English.

Setiap artikel juga ana akan akan buat dalam bentuk karangan rasmi berdasarkan bahasa yang ana akan guna untuk artikel tersebut, secara bahasa pasar Melayu kita 'skema'.

Mungkin ada sesetengah pihak akan mengatakan 'menyampah aku dengan budak nih, bajet blogging-blogging laa apa laa, dah la skema pastu nk cari publisiti sendiri. Taik hidung masin punya manusia! Menyampah aku!' Bagi sesetengah insan macam ini, sedarlah untuk pengetahuan korang, blog yang ana unsurkan ini bukan dibuat secara bersahaja. Semuanya diambil عِبرة daripada sebuah peristiwa yang tidak sesekali ana akan lupakan, dan semua ini juga mungkin mengandungi hikmah lain kepada masyarakat umum. انشا الله

Sekian sahaja. سلام

(Fuhh, skema habis! Haha! Apa2 pon harap bahasaku dpt diimprove)

PMR.... Mentarbiyahkan diriku...

Sudah tiga hari berlalu sejak hari yang amat bersejarah menyepikan suasana alam tingkatan tiga. Ada segelintir yang menerima keputusan yang kurang memuaskan terus menyepikan diri (termasuk diriku) dan ada juga yang menerima keputusan cemerlang meneruskan gelak ketawa kegembiraannya. Walaubagaimanapun, diri yang hina ini berfikir sejenak, ini semua adalah Tarbiyyah daripada الله untuk diri setiap individu yang melalui PMR. Bagi keputusan yang kurang memuaskan الله sedang menguji tahap kesabaran dan keimanan mereka samada reaksi mereka '' tiga tahun aku belajar, ni je aku dapat!!?? F*#@ Man!!!'' dan terus menerus mencarut tidak jelas marah pada siapa dan bagi yang berkeputusan cemerlang mungkin juga الله ingin menguji tahap iman mereka samada mereka mengetatkan lagi اخوة فى الله melalui kemanisan iman dalam berukhuwah dengan memujuk dan memberi galakan dan semangat pada yang berkeputusan kurang cemerlang. Jika segala tarbiyyah daripada الله ini dapat diharungi dengan jayanya maka secara automatik اخوة sesama tingkatan 3 pasti lebih kental انشا الله. Hal ini kerana secara keseluruhan sitem dan peraturan yang ditetapkan الله sangat lengkap dan menyeluruh, begitu juga dengan segala perancangan الله.

Firman Allah S.W.T -ومكروا ومكرالله والله خىر المٰكرىن- maksudnya 'Kamu semua merancang dan الله juga merancang dan الله jualah sebaik-baik perancang' sebagai seorang yang melalui tarbiyyah, dia perlu untuk meyakini segala ketetapan الله. Daripada apa yang ana lalui juga sebagai penerima keputusan PMR yang kurang memuaskan, pada awalnya ana juga tidak kurang juga reaksi sama seperti sahabat-sahabatku yang lain,sedih,marah,hampa dan macam-macam lagi. Tetapi, dengan berkat pertolongan الله ana berhenti dari melayan perasaan untuk berfikir sejenak, memikir apa hikmah disebalik keputusanku yang teruk ini. الله itu maha adil, ana berpendapat bahawa nasib ana ini memberi peluang kepada sahabatku yang sebelum ini sering mundur dalam pelajaran daripada ana meluahkan kegembiraan selepas apa yang dia kecapi. Ana berfikir lagi, 'apakah الله tidak memakbulkan doaku? Sekurang-kurangnya makbulkan lah juga doaku' (sambung kecewa semula), apa yang ana sedari hikmah الله sesudah lama berfikir ana berpendapat الله memakbulkan doaku tetapi untuk sahabatku(kerana dalam doa ana terselit juga berikan kejayaan untuk sahabatku si fulan dan si fulan). Bermacam-macam hikmah yang ana jumpa berdasarkan keputusan PMR.

Begitulah liku-liku tarbiyyah yang ana terima berdasarkan apa yang الله tetapkan padaku. Walaupun pada kali ini ana tidak mencapai apa yang diidamkan, tetapi sangat berharap agar SPM akan datang الله akan berikan ana keputusan yang jauh lebih baik, انشا الله. Baiklah sekadar ini sahaja hasil nukilanku yang berharap dapat membasahi hati-hati yang kurang basahan dan juga untuk mereka yang masih lagi kecewa dek hentaman dari keputusan PMR. وبالله توفق والهداىة، اسلام علىكم ورحمت الله