Semanis Ferrero
Romadhan..
Assalamualaikum
W.B.T.
Pasti ada di kalangan antum semua pernah
merasai Chocolate Ferrero Rocher dan setiap gigitan pasti dapat dirasai
kemanisan dan kelembutannya… Oh, indah sungguh kemanisannya…. Saat gigitan
pertama ditelan melalui kerongkong, kemanisannya terngiang-ngiang menari di
fikiran. Kelazatannya yang dipenuhi
dengan susu segar dan cokolat koko dari ladang terbaik, biji hazelnutnya yang
rangup. Oh, indah sungguh kemanisannya. Mungkin ada sesetengah orang merasakan
bahawa cokolat ini adalah yang terbaik sekali di dunia ataupun cokolat ini
adalah cokolat yang paling manis dan
sedap dalam hidup dia… Begitulah fitrah manusia yang Allah telah tetapkan,
cintakan akan kemanisan dan kelazatan makanan.
Tetapi, apa pula kaitannya dengan risalah yang
di tulis ini??? Segala persoalan akan terjawab… SEKARANG!!! Ok, sedar tak sedar
kita dah nak menghadapi Ramadhan dah. Bulan yang penuh keberkatan. Tapi apa
pula kaitannya dengan cokolat yang telah diceritakan sebentar tadi?
Ikhwah-ikhwah
Hira’ sekalian, Ramadhan itu manis dan kemanisannya tidak boleh dita’rifkan
hanya dengan kata-kata. Begitu juga
dengan cokolat Ferrero Rocher yang menjadi kenikmatan kita. Sekali rasa pasti
nak lagi bahkan jika boleh tidak mahu berpisah dengan kenikmatannya. Ramadhan
juga mempunyai pelbagai kelebihan dan ke sepecial annya yang membuatkan ia manis seperti Ferrero Rocher .
Antaranya ialah syaitan dibelengu, pintu syurga dibuka seluas-luasnya manakala
pintu neraka ditutup serapat-rapatnya, amalan fardhu dilipatgandakan sebanyak
70x , amalan sunat diberi balasan pahala seperti amalan fardhu, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)."
(Riwayat Tirmizi dan
Nasa'i)
Tetapi dalam banyak-banyak kenikmatan Ferrero
Rocher terdapat juga pelbagai saranan pemakanan untuk menyedapkan lagi cokolat
itu. Dalam Ramadhan ada pelbagai manfaat dan ini saranan melalui perkongsian dari
dalam diri ana sendiri bagi lebih melazatkan dan memaniskan lagi Ramadhan kita,
I.Allah.
Rahmat Allah ataupun kasih sayang Allah adalah
perkara yang special dalam Ramadhan. Seperti mana kita sering dengar daripada
sebuah Hadith, permulaan Ramadhan ialah rahmat, pertengahannya ialah maghfirah(keampunan),
dan di akhir Ramadhan ialah pembebasan dari api neraka. Kenapa kita perlu kejar
rahmat Allah kerana ianya merupakan aset utama kita untuk ke syurga. Sebuah
kisah di mana suatu hari Rasulullah berkata pada sahabat-sahabatnya bahawa
manusia di muka bumi ini tidak akan sesekali mampu ke syurga bahkan amalannya
berpuluh tahun tetapi manusia hanya mampu ke syurga dengan amalannya berserta
rahmat daripada Allah. Dan tahukah antum selain memperoleh tiket ke syurga,
rahmat Allah ini juga memberikan 1001 kepuasan dalam hidup kita ini. Rahmat
Allah juga sebenarnya ada 100 dan yang disalurkan pada hambanya di muka bumi
ini hanya satu sahaja, selebihnya 99 ada pada Allah . Cuba bayangkan, baru satu
sahaja rahmat Allah yang dicurahkan kepada kita tetapi tidak terkira nilainya
bahkan tidak mampu untuk dibayar, dan cuba bayangkan lagi jika kita peroleh
keseluruh rahmat Allah. Masyaallah!! Tidak boleh dibayangkan! Oleh itu,
pertingkatkanlah amalan bagi meraih kenikmatan itu.
2.
Maghfirah
(Keampunan)
Setiap manusia di atas muka bumi tidak
terlepas dari melakukan dosa dan kesalahan. Bagi seorang da’ie yang berprestij
pasti sentiasa sedar akan dosa-dosa dalam diri. Tetapi dalam Ramadhan lain
citer pulak. Dalam pertengahan bulan Ramadhan Allah telah menyediakan kelebihan
dan ruang yang sangat terbuka untuk memaafkan hambanya. Oleh sebab itulah,
peluang yang telah disediakan perlu direbut. Mungkin ada yang terdetik
mengatakan “ dosa aku tidak tehitung.. Pasti tidak dimaafkan ”, jangan risau
wahai ikhwah, sesungguhnya Allah tidak
berapa kisah sangat terhadap dosa-dosa yang telah kita lakukan tapi Allah kisah
apabila hambanya tidak memohon ampun terhadapnya. Biarpun setinggi gunung dosa,
tetapi rahmat Allah itu melangit luas. Seorang hamba yang baik tidak akan
putus-putus memohon ampun daripada hambanya. Terdapat juga pelbagai cara
antaranya dengan solat taubat, qiam, zikir, dan macam-macam lagi. Sebuah Hadis
di mana Rasulullah S.A.W. bersabda “ Barangsiapa yang melalui bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan ihtisab maka akan diampunkan dosa-dosanya ”. Hadis
ini juga boleh dijadikan medium untuk kita meraih keampunan di bulan Ramadhan
ini. Sebuah kata-kata Ulama’ yang mengatakan
“
Barangsiapa yang tidak berubah ketika dalam bulan Ramadhan maka jangan harap unttuk
dia berubah pada bulan-bulan yang lain”. Ayuh kita meraih keampunannya, usah
ditunggu.
3. Pembebasan Dari Api
Neraka
Wahai ikhwah sekalian, neraka Allah itu panas,
perit, pahit dan macam-macam lagi. Bagi seorang manusia yang normal tidak akan
sekali-kali ingin ke tempat yang dasyat itu. Api di neraka itu bukannya sama
seperti di dunia malah jauh lebih dasyat di mana ia 70x lebih panas daripada
api dunia. Tahap seksaannya yang paling rendah pun dikira dasyat di mana otak
kita menggelegak sehingga pecah! Sebuah Hadis mengatakan jika seorang hamba
yang diseksa dengan api neraka diletakkan kemudiannya pada api dunia nescaya
dia akan tertidur kerana ia lebih sejuk berbanding api di neraka. Di akhir bulan Ramadhan inilah kita di beri
peluang yang sangat besar iaitu pembebasan daripada api neraka. Tetapi
bagaimana caranya? Kita perlualah penuhkan malam kita terutamanya pada sepuluh
malam terakhir dengan amalan-amalan yang banyak serta meraih, meminta, memohon,
dan mengharap kepada Allah dengan bersungguh-sungguh agar dibebaskan daripada
api neraka. Pada sepuluh malam terakhir ini jugalah kita dikurniakan satu lagi
kelebihan iaitu malam Lailatul Qadar yang mana lebih baik dari 1000 bulan. Hal
ini bukan sahaja dapat menyokong malah dapat menguatkan lagi tuntutan kita itu.
Oleh itu, sama-samalah kita merebut peluang ini untuk mendapatkan malam
Lailatul Qadar.
4.
Taqwa
Taqwa. Apa pula itu Taqwa dan apa
kepentingannya? Taqwa ialah melakukan perintah Allah secara total dan
meninggalkan segala larangannya. Taqwa ini juga dapat melahirkan mukmin yang
professional dan berkebolehan. Hanya takut pada Allah dan beramal dengan niat
yang ikhlas seiring dengan peribadi yang mantap. Taqwa ini juga sering kita
kaitkan dengan puasa sebab apa? Sebab puasa yang sempurna dapat meraih
ketaqwaan kepada Allah seperti yang termaktub dalam surah Al-Baqrah:183. Hal
ini kerana medium-medium puasa itu amat lengkap dalam meraih ketaqwaan. Puasa
boleh menjadi perisai kepada kita, puasa mengeratkan hubungan kita dengan
Allah, puasa melatih kesabaran kita, dan macam-macam lagi. Dalam mengejar
ketaqwaan kepada Allah, kita juga boleh meraih manfaat-manfaat yang lain
seperti sihat tubuh badan, menarik minat kepada yang bukan Islam, dan
macam-macam lagi. Oleh hal demikian, marilah kita meraih sifat taqwa ini kerana
ia hanya mudah didapati di bulan Ramadhan. Only in Ramadhan!
Akhir kalam, marilah sama-sama kita bersedia
dengan sepenuh-penuh persediaan untuk meraih kelazatan dan kemanisan Ramadhan
seperti cokolat Ferrero Rocher yang menjadi pujaan itu. Kita terapkan keinginan
dan rasa keghairahan kita pada kemanisan cokolat itu dalam menghadapi Ramadhan
yang akan tiba tidak lama lagi. Kita mula dri sekarang, pasang gear, pasang
niat dan hajat yng tinggi untuk bulan Ramadhan nanti. Kita juga tidak jamin
samada kita dapat berjumpa dengan Ramadhan legi pada tahun hadapan atau lebih
teruk lagi mungkin kita tidak sempat berjumpa dengan Ramadhan pada tahun ini.
Na’uzubillahi min zalik. Moga kita tergolong dalam golongan yang sama-sama
menghidupkan dan menghargai Ramadhan ini. Kemanisan dan keindahan Ramadhan
tidak dapat diluahkan dengan kata-kata kerana ia sangat ni’mat. Sumpah ni’mat
sungguh Ramadhan itu. Masyaallah.. Yang baik itu datang daripada Allah S.W.T.
yang maha sempurna dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri penulis
sendiri. Wassalamualaikum W.B.T.



No comments:
Post a Comment